Tuesday, October 28, 2008

Jom tengok picture....

Farid dan Fatinah..kenangan di rumah lama.
Tinggal kenangan.. Arwah Mak Long S'pore.
Perarakan kereta berhias Perayaan Kuih Bulan.
Fahrin dan Fatinah....






















Jatuh Cinta Lagi....


Seronok dengar lirik lagu ni.. first time dengar terus jatuh cinta....

JATUH CINTA LAGI- MATTA
pertamaku melihatmu bergetar rasa hatiku
berdebar-debar jantungku mungkin ku suka padamu
ketika ku melihatnya berdetak-detak di dada
mungkin itu suatu pertanda bahwa ku suka padanya
dia atau dia, ku pilih yang mana
aku pusing untuk memilihnya
reff: jatuh cinta lagi
lagi-lagi ku jatuh cinta

aku jatuh cinta kepada setiap wanita

jatuh cinta lagi
lagi-lagi ku jatuh cinta

harus bagaimana ku ingin memikirkannya

layaknya seorang pria ku coba untuk setia

mencintai satu wanita tetapi aku tak bisa

dia atau dia, yang harus ku cinta
aku pusing untuk memilihnya

repeat reff
dia atau dia,
ku pilih yang mana

aku pusing untuk memilihnya

Cerita Hari Raya Tahun 2008.. (Baru sempat nak cerita)

Gambar nak balik Melaka dah.. Ni lah gambar masa Raya yang ada...


Ni Gambar Tok Bah masa kat hospital.. Pakai baju kita org beli kat Tok Bah..





Tahun ini aku berkobar-kobar nak raya sakan.. Beli baju raya banyak lah juga.. tahun ni turn kami balik JB, aku buat kuih raya banyak sgt.. buat kuih untuk atok mama dan tok ma. Hari isnin sebelum raya kami balik JB.. seronoknya.... tahun ni aku plan ngan mak aku nak masak banyak memandangkan raya pertama tak nak gi beraya sangat, nak duk kat rumah tunggu tetamu.. tahun ni pecah rekod lah.. kami masak rendang daging 4kg daging batang pinang tuuu... ayam masak merah 4 ekor, sambal kacang, kuah lodeh dan sambal goreng pengantin.. (sedap ooo...)
Petang raya kami dah siap masak semua.. tinggal kuah lodeh je nak masak pagi raya.. takut tak tahan lama nanti..
Pagi2 lagi dah bangun tolong mak sediakan juadah pagi raya sambil siapkan anak2.. tahun ni baju raya di sponsor oleh tok ma.. warna biru+hijau turqoise..huhuhu.. bila semua dah siap, dah balik sembahyang raya, apalagi.. makan ler... pas tu salam2 ngan atok papa dan atok mama.. duk relax jap tgk tv... lebih kurang kul 12 tgh hari dapat call dari adik ipar kat Raub(diaorg pun beraya di rumah mertua).. Tok Bah kena stroke masuk hospital... Alamak!!! kami pun packing laa brg2 semua dan shoot balik ke kuantan.. Dalam hati berdoa mudah2an Tok Bah tak apa2..
Punya lah banyak keta.. almaklumlah RAYA... jem kat Kota Tinggi dekat 2jam.. Bila nak sampai cam ni..
sepanjang perjalanan aku tido je.. penat dan ngantuk giler.. yelah bergendang semalam... huhuhu.. kitaorg sampai kat Kuantan kul 7 petang.. alamak... leh masuk lagi ke hospital ramai2 ni??? budak2 tunggu dalam keta laaa... mama ngan ayah je tgk tok bah.. bila dah naik atas, rupanya waktu melawat sampai kul 8 daaa... acu ngan cik ida ambik budak2 bawak naik atas.. semua dgn baju kurung dan baju melayu lagi... ramai org kat hospital tu... warna warni di Aidilfitri... Tok Bah cool je.. sian dia.. duk cium cucu-cucu dia.... kul 8 lebih, kitaorg pun balik laaa... Tahun ni beraya di Hospital Ampuan Afzan di Kuantan... Balik ke Melaka Hari Sabtu, singgah ke KL tido rumah cousin.. Hari Ahad baru balik Melaka...

Layan... picture masa kami berseronok ni..














RUMAH WARISAN MELAKA



PERIGI HANG TUAH
PAMERAN ALIEN, MITC

Monday, October 27, 2008

Siapa tetamu kita??



Ayah Chik n family.. seronok tak terkata..byk tempat kitaorg pegi.. mula-mula kitaorg gi perigi hang tuah.. pas tu kita lunch nasi ayam cina tapi kat kedai melayu laa.. pas tu kita g pameran alien kat MITC, pas tu kita g river cruise at Sg Melaka..hehehe... dapat jgak ajak diaorg naik cruise tu walaupun dah petang..

Cuti Depavali...


Hari Ahad kami terima tetamu istimewa. First time dtg rumah kami.. Jadi mama pun sediakan fish n chip dan chicken chop utk tetamu kita.. Kita org nak pegi naik cruise jalan-jalan kat sg melaka.. tapi punya lah ramai org tak sanggup nk beratur.. so kita pusing2 bandar jek laa. bawa depa round kat menara taming sari..pas tu kita dinner kat Medan Ikan Bakar Anjung Batu.. Sedap betul kita makan sampai tak ingat nak ambik gambo.. balik rumah kul 12lebih.. lepak kekenyangan.. tapi budak2 still main games lagi... kul 2 lebih baru tido... zzzz....

Friday, October 10, 2008

Mukadimah...

Salam Sejahtera...

Terima kasih kerana sudi singgah teratak maya kami. Saya Suhaimi dan isteri Faizah mengucapkan salam perkenalan kepada yang baru mengenali kami.

Di blog ini kami ingin mengabadikan kenangan kami sekeluarga. Lawati blog putera-putera kami di faris-farid-fahrin.blogspot.com dan puteri-puteri kami di fatehah-fatinah.blogspot.com.

Setakat ini dahulu permulaan daripada kami berdua.

Salam sayang....

Suhaimi & Faizah.